Wednesday, January 27, 2016

Part 2

Bismillahirrahmanirrahim..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


Bertemu lagi kita di sesi temu bual. Haha..Aduhai, jemu sungguh menanti hari untuk dipertemukan dengan sicomel jantung hati ni :)

InshaAllah..

Masuk hari ni, dah hari ke 8 menjadi warga pesakit di hospital ini. Tak tau nangis ke nak apa. Haha..

Bulatkan dalam hati agar sentiasa positif dengan segala yang berlaku. Hakikatnya, setiap ibu pasti mahu kehamilannya sentiasa berada dalam keadaan bail dan dapat melahirkan anak secara normal.

Kita yang merancang, tuhan yang menentukannya kan?

Semoga si kecil yang di dalam jugak kuat dan tolong emaknya menjadi penyabar dan tabah menanti kehadiran  ke dunia ni lebih kurang 14 hari lagi.

Perasaan?

Haruslah bercampur aduk segalanya kan.

Happy? Mestilah happy, tak lama lagi nak jumpa si comel ni. Tak sabar nak bawu anak syurga :)

Nebes? Ini lagilah opkos. Hihi. Cahaya mata yang pertama. Dan yang lagi nebesnya sebab si comel nak keluar dari tingkap pulak. Banyak akai sungguh.

Sudah kata keluar dari tingkap, banyaklah penjagaan rapi yang harus dilakukan..Bersedialah ye cik aimie amalina. Hihi

Sedih? Sedih dengan keadaa  begini berjauhan dengan insan tersayang. Tambahan pula si suami ke hulu hilir menjenguk isteri di hospital. Huhu. Sungguh terharu dan tiada apa yang mampu mengganti pengorbanan masa si suami. Terima kasih sayang atas segalanya..

Kalau mahu dihitung, terlalu banyak yang mahu dibicarakan. Mudah-mudahan kuat untuk kami sekeluarga melalui detik-detik ini.

Melihatkan ramai lagi insan yang masih belum dikurniakan zuriat, melalui kesusahan yang lebih susah dari ini, seharusnya perlu teramat-amat bersyukur dengan apa yang diduga ini.

Tuhan duga sedikit sahaja, mungkin dengan dugaan ini buat kita lebih dekat, banyakkan bertaubat dan sentiasa menghargai detik waktu yang ada.

InshaAllah. Janji Allah tidak pernah sia-sia.

Makanan tengah hari dah sampai. Hihi. Jom makan dulu? :)

3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Jemputlah makan dulu
Kakak teruja sama sebab baru tahu dah ada anak syurga menanti untuk menjenguk dunia. Moga Ina diberi kesabaran dan kekuatan tinggi. Kakak doakan baik-baik hendaknya.

Cik Sara said...

Dah Puan Aimie dah..
Wake up Mimito~ Hehehe

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)